Total Pageviews

Saturday 23 April 2011

Sabarlah Sayang...Kejap Lagi Mama Pulang...

Semalam Irfan Fahmi demam. Sebaik sampai di Kota Bharu tghari semalam badan Irfan panas amat. Dia nampak letih dan tak bermaya. Saya pun mandikan dia di rumah abang sulung saya di Jln Pintu Geng. Nasi pun makan sikit je. Tapi seperti biasa irfan terlalu aktif bermain...saya biarkan dia bermain kemudian dia datang pada saya lalu baring diatas riba saya dan merengek. Masa tu badan dia bertambah panas tapi tangan dia sejuk.

Selepas asar,saya bawa Irfan ke KBMall sebab dia merengek nak pergi KBMall. Dah lama saya tak bawa dia jalan-jalan dalam onestop centre tu. Irfan nampak lemah dan tak aktif mcm biasa. Tapi dia gembira dapat berjalan dengan saya. Kami makan McDonald sama-sama dan dia tersenyum gembira.

Pagi tadi dia masih demam lagi tapi dia berkeras nak pergi sekolah jugak. Well,saya faham benar dgn anak sulung saya ni...dia amat suka belajar dan bermain dengan kawan-kawan. Rasa berat hati nak lepaskan dia pergi sekolah sebab pagi tadi dia hanya makan 2 suap nasi. Kebiasaannya dia akan menghabiskan sebungkus nasi tiap-tiap pagi. Mungkin selera dia hilang sebab demam.

Rasa tak sabar nak balik rumah lunch hour ni...nak tgk keadaan Irfan. Harapnya dia dah tak demam lagi..InsyaALLAH...

2 comments:

  1. owh..siannya irfan. xpe, mama dia sgt pandai jaga dia, InsyaAllah..kasih sayang mama dia melebihi segalanya. semoga irfan cepat sembuh ye. aunty elly pown dilanda demam semula ni..kena pi klinik jugop nanti...

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah...haish,aunty elly demam lagi? amik la vitamib C n minum mineral byk2...panas sgt loni...

    ReplyDelete