Total Pageviews

Friday 22 April 2011

Nyanyian Yang Cukup Merdu Buat Saya...Hehe

Dah menjadi kebiasaan setiap kali pulang dari ofis saya akan hug anak2 saya dan bagi mereka makan petang. Layan mereka bermain dan tengok tv   kartun. Mempunyai 2 orang anak yang bersekolah tadika amat menyeronokkan sebab dorang akan berlumba-lumba mempersembahkan apa yang dorang belajar di sekolah.

Dalam keadaan ini,saya perhatikan anak   puteri kesayangan saya Ilham Farhani yang paling "aktif" mempersembahkan apa yang dia pelajari disekolah. Baru berumur 5 tahun namun mulutnya amat petah berbicara dan bercerita. Bila dia tengok je saya merehatkan diri depan tv,dia akan mula "membuat persembahan". Bermula dgn doa-doa yang dia hafal hinggalah hadis2 pendek yang dia ingat. Kemudian dia akan mula menyanyikan lagu-lagu yang telah dia pelajari disekolah. Bermula dengan lagu "ANAK MULIA"..."ANAK SOLEH"..dan lagu2 lain. Dia akan nyanyikan lagu-lagu tu tanpa jemu hingga saya terlelap. Walaupun dia sedikit "pelat" sebab ketiadaan barisan gigi atas namun saya bleh memahami setiap perkataan yang dia lafaz. Dan bagi saya itulah lagu2 yang merdu pernah saya dengar walaupun sumbang.

Putera saya Irfan Fahmi memang jarang present nyanyian yang dia belajar di sekolah. Dia lebih suka mempersembahkan doa-doa yang dia hafal dan juga 10 hadis yang dia hafal di tadikanya. Dia juga lebih suka mengadap buku dan belajar mengeja dan mewarna. Anak lelaki saya lebih suka menghabiskan masa menjawab soalan-soalan math tahun 1 dengan tunjuk ajar saya dan dia akan mewarnakan setiap gambar yang ada dlm buku math tersebut.

Alhamdulillah..Allah SWT telah memberi peluang pada saya untuk menikmati keindahan menjadi seorang ibu dan saya akan menikmati setiap "persembahan" anak-anak saya kerana saya tahu saya akan merindui saat-saat ini apabila anak-anak saya besar kelak.

5 comments:

  1. terBAEK kannnn?alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. kita yang bertanggungjwb mencorakkan hidup anak2 kita..berusaha,bersabar dan berdoa. Terima kasih Allah atas nikmat yang indah ini. Elly pun sama,enjoy ur life with rayyan...

    ReplyDelete
  3. tahniah farah dapat anak yg soleh dan solehah....

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah...terima kasih kak cik...hantar anak kat tadika PASTI ni mmg x rugi...dia ajar byk ilmu agama...

    ReplyDelete
  5. Bahagia membaca kisah diaorg nie...=)

    ReplyDelete