Total Pageviews

Wednesday 30 March 2011

Mini Gathering UiTM 2011


Cuti Tahun Baru Cina 2011 baru ni saya telah menjoinkan diri dlm Majlis Gathering UiTM 2011 yang telah disusunatur oleh Princess Angel atau nama sebenar dia Marwati. Majlis tu berlangsung di Food Village Pengkalan Chepa. Ni kira kali pertama la saya sampai ke Food Village tu...sebelum ni banyak dapat jemputan tapi saya tolak sebab tak dibenarkan keluar malam. Tapi untuk majlis kali ni saya cari gak alasan nak kuar malam juz sebab nak join gathering dengan geng budak nakal UiTM 1999 (tak termasuk saya sebab saya budak baik)...hehehe. Well, picture kat atas tu created by Princess Angel sebagai kenangan kami yang join majlis baru ni. Thanks a lot dear...so sweet..

                                                           

 Well,tengok la kawan-kawan saya yang dah 10 tahun tak ketemu. Pada hari itu rindu terubat jua..keh keh keh. Masa ni dorang masih menunggu saya,saloma n kawan-kawan lain yang sedikit terlewat. Kalau dilihat pada wajah dorang memang tak banyak perubahan pun..after 10 years they still the same...hehehe.. Si gadis manis yang pakai baju merah tu la si Princess Angel yang telah arrange mini gathering ni hingga berjaya. Tu si minah yang pakai tudung kaler hijau tu si Margina Rain..dia ni selalu buli saya masa kat kolej dulu. Si montel tu plop nama dia Azlinda dan kami panggil dia Kak Lin. Majlis tu sangat meriah dengan lawak jenaka Kak Lin. Kak Lin ni punya bakat terpendam..dia pandai buat lawak spontan. Dulu masa kat kolej dia yang selalu buat orang ketawa. Masa belajar dulu saya tak sekelas dengan diorang sebab diorang ada yang amik Banking,business study tapi saya plop amik accounting. Tapi kami boleh dikatakan rapat la jugak sebab dok satu kolej. Si ziana pakai tudung pink dan Ja pakai tudung hitam...

Yeeezaaa....dan kami pun berkumpul...berposing..berbual sambil makan-makan. Teramatlah happy nye hinggakan dalam food village tu suara group kami je yang kedengaran...terasa bagaikan sedang berkumpul dan makan di dewan makan kolej kami di UiTM Machang dulu..hehehe. Seronok sangat-sangat. Andai boleh diundur masa saya ingin menikmati kembali saat-saat indah dan ceria bersama mereka...miss u all...


Haaa...inilah Kak Lin ku sayang. Sejak dulu hingga kini wajah dan body dia tak berubah pom walau dah beranak 2...hehehe..still chubby,cute n pampered. Kepandaian dia membuat lawak spontan membuatkan dia disayangi oleh semua kawan-kawan. Kak Lin ni nampak je garang tapi sebenarnya dia lembut dan penyayang...terasa rindu plop ko kak lin...huhuhu... 


Dah tiba masa pulang...sebelum pulang sempat lagi berposing. Lupa saya nak kenalkan kawan saya saloma...bukan saloma P.Ramlee ye tp saloma kawan sebilik saya masa kat kolej merangkap kawan baik saya. Dia ni memang suka berhias...cantik. Dia yang paling cantik pada malam tu berbaju oren. Saloma ni sangat lah caring...dia nampak sombong tapi sebenarnya dia tak sombong pun...terlalu baik hati...kawan yang understanding dan she is a very good listener. Masa kat kolej dulu dia banyak tolong saya...thanks ma.


Hopefully pasni akan ada lagi peluang untuk kami bergathering pulak. Memang seronok sangat tapi masa yang ada pada hari tu terlalu singkat. Banyak benda lagi yang nak dibualkan. Mungkin satu hari nanti kita kan bertemu lagi..insyaAllah...


Tuesday 29 March 2011

Pameran Inovatif 2010 Anjuran MOSTI



Tahun lepas JKR Kuala Krai telah terpilih untuk menyertai Pameran Inovatif 2010 anjuran MOSTI di Kuala Terengganu dan sudah pasti ini adalah pengalaman pertama saya dan Kak Za (CC JKR) menjadi pengurus dan pengiring pameran ini bagi pihak JKR Kuala Krai. Encik Suhaili (Jurutera Jajahan JKR Kuala Krai) telah menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab ini kepada Kak Za kerana pada hari kami rancang untuk bertolak ke sana anak istimewa Encik Suhaili telah meninggal dunia memaksa dia menarik diri dari menyertai rombongan itu. Oh ye, saya lupa untuk memberitahu bahawa JKR Kuala Krai terpilih untuk menyertai pameran tersebut kerana salah seorang staf kami iaitu encik zainudin atau well-known as abe din bara telah berjaya mencipta satu ciptaan yg telah berjaya mencuri hati Pengarah JKR Kelantan lalu mengarahkan pihak Korporat JKR Kelantan supaya mencalonkan abe din dan ciptaannya kepada MOSTI. Ciptaan beliau diberi nama MESIN RUMPUT SERBAGUNA. Actually, i'm not really interested la dgn ciptaan abe din bara ni sbb as for me dia bukan mencipta tapi mengubah benda yg sedia ada. Mesti ramai yg tertanya-tanya bagaimanakah dan apakah fungsi mesin rumput serbaguna itu..ianya terlalu simpel. Mesin itu bleh digunakan untuk potong rumput,cuci longkang,potong dahan-dahan pokok yang kecil dan untuk polish kereta.



Dalam gambar ni adalah ciptaan daripada Majlis Perbandaran Kuantan kalau tak silap saya ( heh heh.. lupa la plop). Saya cukup teruja dengan ciptaan mereka kerana bagi saya ianya cukup inovatif. Ianya adalah perangkap tikus. Menurut pencipta-pencipta perangkap tikus ini,mereka telah berjaya menangkap beribu-ribu ekor tikus disekitar kuantan especially belakang pasar dan belakang shoplot2. Caranya pun cukup mudah dan bersih. Kalau nak tahu lebih lanjut,sila lah buat lawatan sambil belajar ke Majlis Perbandaran Kuantan...hehehe..



Ini lah team kami and of course the one and only a man in our team is abe din bara. Driver kami encik carlos (nama manja given by me..nama betul dia muhammad abdullah) memang payah nak diajak bergambar. Malu gamaknya. Well,saya memang respect sungguh dgn abe din bara ni..nak kata hensem tu tak la walaupun dia slalu puji diri dia mcm shah rukh khan (sbb tu dia letak "bara" kat belakang nama dia) tapi apa yang buat saya respect dengan dia adalah dia mampu mencipta (oopppss...i think i better use the word "mengubah") mesin rumput serbaguna ini walaupun dia tak pandai membaca...tak pandai menulis dan tak pandai mengira. Haaa...kagum tak dengan dia?...hehe. Kak za ckp,dia kenal duit RM hanya melalui warna sahaja..such as blue for RM1,green for RM5 and red for RM10. Yang pakai tudung pink tu la my beloved CC...kak za...or i like to call her Siti Nurhaliza..heh heh. Haaa...yang pakai tudung oren tu la Farah Nini Adam..hehehe...masa tu memang senyum dalam terpaksa sebab rindu bangat sama Irfan Fahmi dan Ilham Farhani...huhuhu...


Ini lah hasil kerja kami menghias booth kami. Memang terlalu simpel and kosong. Maklum la ini first time and kami terlalu amatur. Kak Za cakap pasni lau ada peluang lagi kita akan buat presentation yang terbaik..heh heh..idea sudah datang la tu. Saya memang tak tahu pun pameran ini berbentuk begini. Kalau saya tau ini lah bentuknya mmg byk la idea yg bleh saya sumbangkan sbb saya banyak melihat pameran-pameran sebegini. Takpe la,saya anggap ini kali pertama saya diberi tugasan handle pameran. Kira ok la...tak la kosong sangat.


Ini sesi lawatan dari juri-juri pengadil. Lawatan dari Sultan Terengganu tapi telah diwakili oleh orang kanan sebab sultan Terengganu pegang title Agong dan tidak berada di Terengganu. Kak Za dgn penuh semangat telah memperkenalkan ciptaan abe din pada media. Caya lah kak za...tp lepas tu abe din cukup marah sbb dia cakap dia yang sepatutnya memberi taklimat pasal ciptaan dia tu. Abe din..abe din..mcmana la kami nk biarkan abe din berucap? membaca pun tak pandai takkan boleh nk bercakap luar..heh heh..layaaannn jer..



Ini lah ciptaan-ciptaan abe din. Ianya cukup mudah,sebuah mesin rumput yg serbaguna. Bila nk potong dahan-dahan kecil tukar lah dgn mata gergaji kecil,bila nk cuci longkang tukar lah ke berus besi..bila nak cuci mozek or tile or polish kereta tukar la pd span bulat yang kaler kuning tu...simpel kan?


Haaa...i loooiiikkkeee this picture. Gambar ni diambil oleh Kak Za dan dihadiahkan kepada saya. Camera man tu pakai kasut purple dan kak za mmg sedia maklum yang saya terlalu minat dgn kaler purple. Apa saja yang saya beli mesti kaler purple..heh..heh. But i told kak za,even saya minat giler2 kat kaler purple tapi saya takkan pilih untuk pakai kasut kaler purple..hehehe...tak sesuai langsung...


Saya lupa ini ciptaan dari siapa...tp ciptaan ni memang hebat la sbb robot tu bleh pegang pensil dan melukis. Saya yang nak sangat posing dengan robot ni sebab saya nak tunjukkan robot ni pada irfan fahmi. And of course lps dia tengok gambar ni..dia terus merengek nak robot. Abes RM30 beli robot sama mcm robot kat dlm gambar tu...padan muka!!!

Walaupun abe din tak dapat tempat dalam pertandingan tu tapi saya cukup bangga dengan dia sebab dengan diri dia yang tak pandai membaca,menulis dan mengira...kerja pun sbg buruh kat JKR Krai but at least dia berjaya sampai ke peringkat ini utk ciptaan dia tu...dpt gak la wang penyertaan RM400..kira ok la..

Mencuba hobi baru...

Melihat kawan-kawan yg sungguh seronok mencipta blog masing2,terdetik di hati saya utk mencuba. Masih byk yg perlu saya pelajari...hmmm...mungkin saya boleh belajar melalui adik saya kerana dari pemerhatian saya dia sudah cukup mahir mencipta blog...