Total Pageviews

Wednesday 15 August 2012

Masuk Tahun Keempat Beraya Bertiga..Alhamdulillah, Kehidupan Semakin Ceria..


Salam..3 hari lagi umat Islam akan mrnyambut Hari Raya Aidilfitri 1433H. Bagi saya, raya akan datang adalah raya keempat saya rayakan bertiga dgn Irfan Fahmi dan Ilham Farhani. Alhamdulillah..segalanya berubah dan terubat dengan begitu pantas. Saya dan anak-anak semakin ceria, seronok bersama dan bahagia. Kehidupan semakin stabil. Syukur pada Allah SWT dengan melimpahkan rezeki pada saya dan anak-anak setelah diberi ujian yang begitu hebat.



Ini adalah gambar di Hari Raya Aidilfitri tahun 2009. Tahun pertama saya rayakan bersama anak-anak sebagai single mother. Masa ni memang kurus mendadak la. Sebak dengan apa yang menimpa. Sebak dengan lakonan-lakonan manusia yang tidak mahu dirinya menanggung salah dengan menabur fitnah yang pelbagai agar diri mereka tidak dipersalahkan. Tapi masih mampu tersenyum kerana anak-anak yang sentiasa ceria dan mak abah yang tak putus-putus memberi semangat.



Ini pulak gambar di Hari Raya Aidilfitri tahun 2010. Tahun kedua beraya bertiga. Mama, Fahmi dan Farhani. Semakin ceria. Still kurus sebab anak-anak terlalu aktif. Tak larat weh. Hahaha. Tapi best la sebab masa ni memang terasa damai ada dihati..Takde stress-stress dah. Rahsia pun semakin terbongkar..semakin mengetahui apa sebenarnya yang berlaku...hati juga sudah semakin redha pada ketentetuan Allah SWT.


Ini gambar Hari Raya Aidilfitri tahun 2011. Tahun ni yang paling seronok amat. Irfan Fahmi dan Ilham Farhani dah besar. Tak cerewet dah nak mengurus diorang berdua. Mama dah semakin maintain..No more sadness appear on my face. Segalanya Allah dah tunjukkan depan mata. Amat yakin skali jalan yang saya pilih tidak salah. Tak perlu menyesali apa yang berlaku. Officemates pun perasan yang saya makin ceria dan berseri pada tahun 2011 ni. Telah berjaya mengembalikan 85% keyakinan diri. Mak abah dan siblings juga mak saudara, ayah saudara dan sepupu sepapat tak putus-putus menasihati saya. Kesihatan diri sudah baik 90%..sakit berpunca dari sesuatu yang ghaib dan tak nampak. Tapi alhamdulillah, berkat Yaasin, al-Baqarah dan doa, sakit hilang sedikit demi sedikit..yang paling mujarab adalah doa di sepertiga malam.

Ini lah buahati pengarang jantung hati saya. Kasih sayang pada mereka tak pernah berbelah bahagi. Biarlah kita hidup bertiga asalkan tiada gangguan seperti dolu-dolu. Ambik lah apa yang orang nak ambik tapi saya cuma nak Irfan Fahmi dan Ilham Farhani sentiasa bersama saya. Sungguh indah melihat mereka membesar dengan baik depan mata. Tidak sedikit pun mereka kekurangan kasih sayang. Aidilfitri 2012 akan menyusul dan kami kekal bertiga..Alhamdulillah..bertambah ceria dan tenang. Semakin biasa dengan kehidupan begini. Doakan kami yer....

Wednesday 1 August 2012

Penyatuan 2 Jiwa Yang Paling Simple..Semoga Berbahagia..InsyaAllah..


Bismilahirahmanirrahim....

Assalamualikum...
Lama sudah rasanya tidak bercerita dalam diari purple saya ni. Arini saya nak kongsikan kegembiraan keluarga saya yang bakal menyambut 2 orang menantu baru..as 4 me saya bakal mendapat 2 orang sepupu baru. 2 sepupu saya yang akan berkahwin serentak..mereka juga adalah 2 beradik. Abang yang sulung dan adik nya yang ketiga.

Saya taknak bercerita panjang tentang perkahwinan si abang kerana perkahwinannya adalah perkahwinan yang biasa mengikut adat melayu. Merisik..bertunang..semua benda dirancang rapi. Apa yang saya ingin kongsikan adalah perkahwinan si adik yang datang secara mengejut..tanpa dirancang.

Si adik ni bernama Aisyah Noordin sedang belajar di al-Azhar Mesir dalam jurusan Pergigian. Bakal doktor gigi la ni. Baru berumur 20 tahun. Si comel ni seorang al-hafizah dan dia sangat pemalu. Bertemu dengan bakal suaminya di Maahad Sains Tahfiz Tanah Merah. Bakal suaminya juga sedang belajar ditempat yang sama tapi dalam jurusan Perubatan. Menyedari mereka sedang belajar ditempat yang sama maka mereka meminta izin untuk diijabkabulkan sebulan sebelum mereka pulang bercuti di Malaysia baru-baru ini. Tergamam si ayah aisyah...sedang kalut menyiapkan rumah untuk majlis si abang, tiba-tiba si adik minta izin untuk berkahwin. Berat hati si ayah untuk mengizinkan namun setelah pihak lelaki juga bersetuju dan memberi pendapat sekurang-kurangnya Aisyah ini akan ada penjaganya disana maka si ayah bersetuju.

Datang lah keluarga sebelah lelaki untuk merisik sekaligus bertunang pada 25 Julai 2012 baru-baru ini. Segala-galanya berjalan dengan begitu pantas. Perancangan yang sungguh ala kadar. Tanpa baju yang cantik-cantik..tanpa pelamin pertunangan yang indah..tanpa make up yang tebal..tanpa hantaran yang cantik-cantik dan tanpa cincin yang mahal. Aisyah hanya berjubah dan bertudung labuh..berstokin dan ber stongan.


Wajah Aisyah yang natural tanpa make up..simple amat.

Tanpa meminta majlis yang gah dan indah..2 pasangan ni tetap meneruskan niat murni mereka. Tanpa kad jemputan kahwin..sekadar menumpang majlis si abang..aisyah tetap ceria. Niat mereka sangat murni. Mereka bakal diijabkabulkan dalam keadaan dan kelengkapan yang amat sedehana. Kata Aisyah cukuplah buat yang wajib-wajib sahaja. Itu sudah memadai..Subhanallah !!!

Kini saya nampak dan saya amat faham bahawa Allah SWT amat menjaga hambaNya yang hafiz al-Quran. Hidup mereka serba sederhana..cara mereka serba sederhana. Mereka tidak demanding walaupun kedua mereka bakal doktor. Sungguh menyentuh perasaan. Lalu saya terfikir mungkin betapa majlis yang ringkas amat diberkati oleh Allah SWT..saya harap Irfan dan Farhani juga akan menjadi seperti mereka..Ya Allah bantulah hambaMu ini..InsyaAllah.

Kepada Aisyah dan bakal suami..saya doakan kebahagiaan kalian berdua berkekalan hingga ke Syurga..Ameeennn...

Wednesday 25 April 2012

Di sebalik kesakitan ujian dari Allah..ada terselitnya kemanisan.

     Alhamdulillah..bersyukur kpd Allah kerana saya masih diberi kesihatan yang baik utk terus berkhidmat kpd ibu bapa dan anak-anak yg amat saya kasihi. Diberi kebahagiaan utk kali ke2 setelah di uji dgn kekecewaan yang hebat satu ketika dulu.

     Satu ketika dulu saya pernah diuji hebat oleh Allah SWT. Terasa tidak mampu utk menghadapinya..terasa lemah utk berdiri..terasa hilang semua semangat. Namun, berkat kesabaran dan kata2 semangat yg tak pernah putus dari ibu bapa, adik beradik dan kaum keluarga yg lain saya gagahi diri saya utk berdiri. Memandang pada wajah anak-anak yg masih terlalu kecil utk memahami ttg kesakitan yg saya alami..terlintas di fikiran siapa lagi yg mereka ada jika saya tidak kuatkan semangat saya melawan segala tohmahan..cacian dan cercaan org yg gembira dgn kejatuhan saya. Sehingga sekarang terngiang-ngiang di telinga saya kata2 abah saya "kewujudan manusia di dunia ini adalah utk diuji dan hebatnya ujian Allah sehingga malaikat pun tak sanggup utk jadi manusia kerana khuatir tidak mampu utk sabar dgn ujian yg Allah janjikan. Jika kita redha dan letak keyakinan 100% pd Allah maka pahala dan nikmat yg bnyk telah Allah janjikan...jika tidak di dunia namun di akhirat pasti".

     Saya melihat ujian Allah ini dari sudut yg positif. Tika saya diuji hebat, saya beranggapan Allah ingin memimpin saya dari jalan yg salah ke jalan yang betul. Saya juga beranggapan betapa sayangnya Allah pada saya hingga DIA memberi salam pada saya dgn menurunkan ujian pada saya agar saya kembali mengingati DIA. Di saat tu juga saya terfikir betapa jauhnya saya dgn Allah kerana saya dah tinggalkan amalan membaca Quran setiap kali lepas solat 5 waktu dan jika ada masa terluang padahal itu adalah rutin dan amalan harian saya sejak sekolah menengah didikan dari abah yg bgtu sempurna (terima kasih abah). Saya juga semakin jauh dgn Allah kerana leka dgn kebahagiaan yg telah DIA kurniakan. Masa tu juga saya terfikir..betapa sayangnya Allah pada saya kerana DIA telah sedarkan saya dgn ujianNYA agar saya kembali padaNYA dan membaiki segala kesilapan saya. Termenung sejenak saya apabila saya terfikir andainya tanpa ujian ini mungkin saya akan terus lalai dgn nikmat Allah dan lupa utk siapkan diri saya utk ke alam sana.

     Sekarang Allah telah gantikan kebahagiaan yg DIA ambil dari saya satu ketika dulu. Tenangnya hidup saya sekarang tidak dapat saya gambarkan. Alhamdulillah. Jika dulu saya terlalu lurus bendul..amat mudah percaya pada org tapi sekarang saya sentiasa berwaspada. Kebanyakan org hnya baik di hadapan sahaja namun di belakang kita lain pulak gayanya. Dengan tenang saya jalani hidup dgn anak2 saya...mendidik anak2 dekat pada Allah adalah matlamat saya sekarang.
    
     Pada sesiapa yg sedang diuji Allah...sabarlah. Mungkin satu ketika dulu kita terlalu angkuh dan dgn ujian itu maka barulah kita sedar bahawa kita juga harus pandang ke bawah. Mungkin satu ketika dulu kita pernah menyakiti..menganiaya org lain kerana kepentingan diri sendiri lantaran tidak mampu melawan hasutan syaitan maka dgn ujian ini mampu utk menyedarkan kita bahawa Allah itu Maha Adil. Jika ada ibu bapa yg diuji dgn kedegilan anak2..maka muhasabah lah diri mungkin satu ketika dulu kita pun pernah membuat ibu bapa kita sedih dgn tingkah laku kita.

     Jom..kita sama2 muhasabah diri dan dekatkan diri kita pada Allah...bersyukur seadanya dgn rezeki yg diberi oleh Allah SWT. Jgn mengeluh dgn ujian Allah kerana ujian itu sebenarnya pendidikan yg paling hebat utk membetulkan kesilapan kita.

Wednesday 11 April 2012

Road Block...11 April 2012

Assalamualaikum...

    Semalam..11 April 2012..cuti umum sempena pertabalan agong..korang g mana ek? Mcmana korang spent cuti korang semalam? Well, saya bawa adik bongsu saya dan anak2 saya ke Kota Bharu sbb si adik nak jalan2. Maklum la, dia kan jarang2 balik Kelantan sejak sambung belajar di USIM Nilai.

    Nak share story ngan korang la pasal road block semalam. Saya jumpa 2 road block sepanjang perjalanan pergi ke Kota Bharu. Satu kat Batu Jong..yang ni mmg femes la..mmg bleh dikatakan tiap2 hari ada road block kat area Batu Jong ni. Lau org jati Krai mmg jarang la kena tahan dgn road block kat area tu sbb kebanyakannya dah alert dah. Malang bagi sorg mamat neh...saya pun xtau la dia lorat nak ke mana ntah..bak kata irfan "dia sakit perut nak berak kot ma"..haha..abes kete dia potong walaupun kat double line. Hati saya mmg x sedap dah sbb trend loni sekarang polis suka buat road block pd hari cuti am atau umum. Telahan saya tepat apabila kete Proton Persona hitam yg dipandu oleh mamat tu ditahan polis sebaik dia abes potong kete kat depan dia. Muka dia mmg tersengeh-sengeh lah..kesian plop saya tgk kat dia sbb plet kete dia JKP..meaning that dia dari Johor lah. Ingat lah..walau korang x biasa skali pun dgn sesebuah kawasan tu tapi tolong lah patuhi undang2 jalan raya. Saya cuma mampu berkata pada mamat tu "Kan Dah Kena!!!!"

    Road block kedua saya jumpa di jalan bawah kemubu. Saya lebih suka guna jalan tu untuk ke Kota Bharu sbb xde traffic light dan kete x banyak. Saya mmg sedia maklum kawasan tu pun kadang2 mmg ada roadblock. But surprising for my sis coz she never expect kat situ pom akan ada roadblock. Ye lah, jalan kampung kan. Tapi bila dah gezette mmg kena alert lah. Cik Myvi saya ditahan dan pakcik polis tu minta lesen. Saya pun bagi lah lesen saya kat dia. Lama dia tenung lesen saya..ye la, saya kan comel..hahaha terperasan la plop (Astaghfirullah)..kemudian pakcik polis tu tanya lah saya "bila lesen awak mati?"..saya jawab "esok sehari jer lagi dia hidup..lusa dia mati lah". Memang btul la..lesen saya mati arini 13 April 2012. Pakcik polis tu sedikit terkejut..mungkin sbb dia x sangka saya ingat tarikh tamat lesen saya. Niat dia nak nasihat kat saya pun terbantut. Lastly, dia remind saya supaya renew lesen lusa. Saya juz jawab "InsyaAllah encik" tapi dalam hati mmg tergelak la kat pakcik polis tu. Anyway, terima kasih pakcik polis.

Tuesday 27 March 2012

Semakin Saya Dewasa..Semakin Saya Mengenali Hati Budi Manusia..

Assalamualaikum..
Lamanya x ber blog...
Nak kata sibuk x jugak..tapi saya memang cukup stress dgn kerja saya. Bukan stress dgn kerja tapi stress dgn perangai rakan sepejabat.
Bak kata orang dolu2...rambut sama hitam tapi hati lain2. Saya pernah bgtau mak saya..saya lebih suka stay dlm bilik saya dan buat kerja saya jer..xnak eh berkongsi cerita apa2 dgn kawan2 sepejabat. Mulut org..lain yg kita citer tp lain yg dorg smpkan..padahal lau x smpkan pun xpe..simpan jer or biarkan aje citer tu berlalu melalui telinga kita dan biarkan ia keluar.
Saya mmg x suka pegang jawatan dlm mana2 persatuan or kelab..namun, nasib saya or mungkin Allah nak uji saya..saya diberi jawatan Penolong Setiausaha Kehormat. Hati nak marah tapi redha jer la. Perangai manusia ni pun satu..bila ada jer kelab buat program mesti ada jer yg x puas hati walaupun AJK-AJK dah bersusah payah handle program ni. Bila kita suh buat xnak plop. Bila kita suh bersuara dlm mesyuarat xnak plop dgn alasan "biar lah..xsey gege". Tapi ckp kot belakang xpo plop. Merungut x abes2 especially staf tua. Kadang2 geram melampau tp sbb ingat pesan mak supaya selalu bersabar dgn mulut org membuatkan saya diam. Yang sakit ati nyer..dia g cucuk2 plop staf2 lain..konon nak suh benci ngan program yg disusun.
Cuba la amalkan apa yg saya buat..juz terima jer apa yg diberi..join apa yg telah diprogramkan..bersuara pada tempatnya..hati pun x sakit..jgn main hentam jer..kita kena fikir betapa payahnya org nak handle sesuatu program tu..tapi yg geramnya time minta bayaran yuran liat plop nak bayarnya. Hari Keluarga dah free dah..Dinner Time pun free dah..dpt plop baju free..pun nak bising gak...memang x reti nak bersyukur. Ni lah manusia..
Mak cakap..belajarlah memahami perangai manusia dgn berkawan..cuma ingat,mulut kena jaga..hati jgn berprasangka. Biar org khianati..keji n mengata kita tp kita kena diam dan sabar. Biar org dengki dgn kita tapi kita jgn dengki dgn org..biar org fitnah kita tp kita jgn fitnah org. Ya Allah...kuatkan lah iman dihatiku..

Tuesday 7 February 2012

Doa Dari Ibu Adalah Yang Terbaik Untuk Anak2,,,

Waaahhh...lamanya x buka blog ni. Sibuk kerja kot..hehe.

Sume orang nak anak bijak kan? Kat sini saya nak share satu doa yg Rasulullah SAW amalkan setiap kali baginda usap kepala kanak2. Yang paling bagus bila kita sebagai ibu amalkan setiap pagi sebelum anak2 ke sekolah.

Doa ni Rasulullah SAW baca sewaktu baginda usap kepala Ibnu Abbas ketika beliau kanak2. Dan kesannya Ibnu Abbas menjadi seorg yg bijak dan tawaduk. Beliau adalah yg paling byk meriwayatkan Hadith Rasulullah SAW semasa hayat beliau.

Ini doanya : Allahumma faqqihu fid din..wa'alimhu fit takwil (utk anak lelaki)..Allahumma faqqiha fid din, wa'alimha fit takwil (utk anak perempuan). Maknanya : Ya Allah, jadikan lah dia (kanak2 tu) seorg yang "faqih" dalam agama dan seorg yg bijak dlm ilmu takwil. Ilmu takwil ni yg payah nak jelaskan..apa yg saya faham dlm dunia moden kita ni merujuk kpd matematik dan sains lah..hehe.

Saya amalkan setiap pagi ketika saya sikat rambut anak2 sebelum ke sekolah..semasa sedang sikat rambut dorg tu, saya usap kepala dorg dan baca doa tu dan tiupkan ke ubun2 dorg.

Buat lah..senang jer..utk anak2 kita. Dan jgn lupa,ajar lah anak2 bgn sebelum azan subuh sewaktu usia dorg 7 tahun dan sembahyang lah berjemaah dengan dorg..slalunya anak lelaki saya akan suh dia gi masjid dengan tok abah dia. Dan jangan lupa ajar lah anak2 tutup aurat sewaktu dorg berusia 7 tahun...bukan 17 tahun dan bukan 57 tahun!!!..

Selamat mencuba..

Saturday 9 July 2011

Buat Sendiri Lebih Baik...




Masa sedang berbual dgn kakak ipar saya tentang ubat kurus yang dia makan, saya pun meneliti kotak ubat itu lalu terbaca la kandungan utamanya epal hijau dan kiwi. Saya termenung seketika, kenapa kita perlu menghabiskan ratusan ringgit setiap bulan hanya ingin membeli serbuk campuran epal hijau dan kiwi sedangkan kita boleh mengdapatkan epal hijau dan kiwi dgn mudah.

Errmmm...saya pun apa lagi, timbul lah idea bernas dari akal saya ni..hehehe. Tiba-tiba saya rasa begitu teruja utk mencipta resipi makanan diet yang berkhasiat tinggi. Nasib baek la saya memang minat memasak sejak dulu...hehehe

Saya terus ke pasaraya dan mencari bahan-bahannya. Antara bahan yang saya beli ialah EPAL HIJAU..KIWI..TIMUN BATANG (amik lam peti umah mak jer)..hehe..DAUN SALAD..TOMATO (pun amik lam peti umah mak)...CARROT..LOW FAT MAYONAISE..Caranya mudah jer..saya potong epal,timun batang,carrot,tomato dan daun salad kecil-kecil. Kemudian saya korek isi kiwi. Then saya campur kesemuanya sekali..then saya gaul campuran tadi dengan low fat mayo. After that bleh arr makan...slalunya saya makan di waktu tghari dan malam. Untuk tengahari saya akan campurkan sedikit isi dada ayam yg di goreng atau nugget AYAMAS yg low fat tu..tp make sure goreng dan potong kecik2 dulu arr nugget tu..hehe.

Khasiat dia? errmmm..banyakssss. Resepi saya bleh membekalkan Vitamin C yang banyak utk badan. Antibodi yg kuat, elok utk slimming dan baik untuk penghadaman. Owh, lupa..jika korang tak makan mayonaise..korang leh gantikan mayonaise tu dengan low fat yogurt...best tau.. snack yg paling lazat..hehe