Total Pageviews

Tuesday 26 April 2011

Rupanya Memang Musim Demam...

Kelmarin bawa irfan gi klinik sebab dia demam. Sampai je di klinik terkejut amat bila tgk dlm klinik penuh parent bawak anak jumpa doktor. Bila saya tanya rupa-rupanya anak-anak dorang pun demam macam irfan fahmi jugak...kebanyakannya sebaya dlm 4-6 tahun. Kesian tengok muka dan bibir dorang yang kemerahan. Merengek kerana ketidakselesaan.

Bila saya jumpa doktor,doktor cakap sabarlah, sekarang memang musim demam sebab keadaan cuaca yang panas kering. Teringat plop saya pada kawan saya datin sri    puan saifarlaile yang dah lama demam..apa khabar agaknya dia..harapnya dia dah tak demam lagi dan dpt menjalankan tanggungjawab dia pada incik suami dan anak bujang dia dengan sempurna. Kpd kawan saya tu saya harap dia sentiasa sabar menghadapi ujian Allah tu..

Doktor pesan suh minum air mineral banyak-banyak. Jgn biarkan anak-anak main tengah panas sebab panas loni bukan panas biasa. Baik lah tuan doktor,nasihat anda akan dipatuhi..hehe.

Saturday 23 April 2011

Sabarlah Sayang...Kejap Lagi Mama Pulang...

Semalam Irfan Fahmi demam. Sebaik sampai di Kota Bharu tghari semalam badan Irfan panas amat. Dia nampak letih dan tak bermaya. Saya pun mandikan dia di rumah abang sulung saya di Jln Pintu Geng. Nasi pun makan sikit je. Tapi seperti biasa irfan terlalu aktif bermain...saya biarkan dia bermain kemudian dia datang pada saya lalu baring diatas riba saya dan merengek. Masa tu badan dia bertambah panas tapi tangan dia sejuk.

Selepas asar,saya bawa Irfan ke KBMall sebab dia merengek nak pergi KBMall. Dah lama saya tak bawa dia jalan-jalan dalam onestop centre tu. Irfan nampak lemah dan tak aktif mcm biasa. Tapi dia gembira dapat berjalan dengan saya. Kami makan McDonald sama-sama dan dia tersenyum gembira.

Pagi tadi dia masih demam lagi tapi dia berkeras nak pergi sekolah jugak. Well,saya faham benar dgn anak sulung saya ni...dia amat suka belajar dan bermain dengan kawan-kawan. Rasa berat hati nak lepaskan dia pergi sekolah sebab pagi tadi dia hanya makan 2 suap nasi. Kebiasaannya dia akan menghabiskan sebungkus nasi tiap-tiap pagi. Mungkin selera dia hilang sebab demam.

Rasa tak sabar nak balik rumah lunch hour ni...nak tgk keadaan Irfan. Harapnya dia dah tak demam lagi..InsyaALLAH...

Friday 22 April 2011

Nyanyian Yang Cukup Merdu Buat Saya...Hehe

Dah menjadi kebiasaan setiap kali pulang dari ofis saya akan hug anak2 saya dan bagi mereka makan petang. Layan mereka bermain dan tengok tv   kartun. Mempunyai 2 orang anak yang bersekolah tadika amat menyeronokkan sebab dorang akan berlumba-lumba mempersembahkan apa yang dorang belajar di sekolah.

Dalam keadaan ini,saya perhatikan anak   puteri kesayangan saya Ilham Farhani yang paling "aktif" mempersembahkan apa yang dia pelajari disekolah. Baru berumur 5 tahun namun mulutnya amat petah berbicara dan bercerita. Bila dia tengok je saya merehatkan diri depan tv,dia akan mula "membuat persembahan". Bermula dgn doa-doa yang dia hafal hinggalah hadis2 pendek yang dia ingat. Kemudian dia akan mula menyanyikan lagu-lagu yang telah dia pelajari disekolah. Bermula dengan lagu "ANAK MULIA"..."ANAK SOLEH"..dan lagu2 lain. Dia akan nyanyikan lagu-lagu tu tanpa jemu hingga saya terlelap. Walaupun dia sedikit "pelat" sebab ketiadaan barisan gigi atas namun saya bleh memahami setiap perkataan yang dia lafaz. Dan bagi saya itulah lagu2 yang merdu pernah saya dengar walaupun sumbang.

Putera saya Irfan Fahmi memang jarang present nyanyian yang dia belajar di sekolah. Dia lebih suka mempersembahkan doa-doa yang dia hafal dan juga 10 hadis yang dia hafal di tadikanya. Dia juga lebih suka mengadap buku dan belajar mengeja dan mewarna. Anak lelaki saya lebih suka menghabiskan masa menjawab soalan-soalan math tahun 1 dengan tunjuk ajar saya dan dia akan mewarnakan setiap gambar yang ada dlm buku math tersebut.

Alhamdulillah..Allah SWT telah memberi peluang pada saya untuk menikmati keindahan menjadi seorang ibu dan saya akan menikmati setiap "persembahan" anak-anak saya kerana saya tahu saya akan merindui saat-saat ini apabila anak-anak saya besar kelak.

Wednesday 20 April 2011

Macamana Awak Boleh Kurus?...

Hmmm...lamanya tak update blog. Busy sgt2 kat opis...sibuk melayan karenah anak2 yg semakin manja dan cerdik membuatkan masa yang ada utk update blog dan fesbuk amat terhad. Tadi terjumpa kawan lama masa skolah...dia terkejut tengok saya dan soalan mula2 yang keluar dari mulut dia ialah "Ya Allah, farah ke ni? kenapa kurus? mcmana bleh kurus ni?". Saya mmg dah agak dia akan tanya soalan begitu sebab dah hampir 12 thn kami tak berjumpa. Tak hairan la sebab masa saya skolah dgn dia dulu berat saya 75kg..dan skarang berat saya 60kg 56kg. Mungkin orang yang baru kenal saya pun terkejut dgn perubahan fizikal saya dan mungkin tak percaya dgn kenyataan saya. 56kg adalah berat terkini saya...dlm thn 2003 dan 2007 berat saya pernah mencecah 53kg.

Acctually saya pun tak tahu macamana saya bleh kurus. Seingat saya sewaktu saya mendaftarkan diri sbg student UiTM berat saya pada masa tu masih 75kg. Kemudian,setahun sebelum saya grad,berat badan saya dah turun ke 56kg. Saya tak pernah merancang diet..,apa yg saya alami adalah tekanan sewaktu belajar. Bila saya stress secara automatiknya selera makan saya hilang. Disamping tu saya mengamalkan pengambilan jamu sejak saya berumur 14 thn lagi..hingga sekarang saya mmg tak selesa jika saya terlupa makan jamu. Saya juga berhenti minum air sejuk (ais) sejak saya berumur 15 thn lagi. Ais adalah amat tidak elok terutamanya untuk perut dan urat. Saya juga menghadkan pengambilan nasi. Saya cuma mkn nasi skali sehari ataupun kdg2 sekali seminggu sahaja. Selalunya saya cuma mkn nasi masa bfast sahaja.

Alhamdulillah,hingga skrg walaupun saya dah beranak 2 tapi saya masih mampu mempertahankan berat badan saya...sebenarnya tak susah nak kurus ni,ianya terpulang pada keyakinan,ketabahan dan usaha individu itu sendiri. Cubalah minta nasihat dan menu diet yang sesuai dengan doktor. Semoga berjaya...

Wasalam...

Monday 11 April 2011

Sempat Jugak Goreng "Jeput Pise"...hehe

Lunch hour tadi saya balik kejap just sebab nak hug my beloved baby boy Irfan Fahmi. Nak suap nasi kat dia. Dia balik skolah kul 12 tengahari. Kadang2 je saya balik. Kebetulan pagi tadi saya beli pisang kapas sebab Irfan cakap dia tak puas makan "jeput pise" yang saya buat ari Sabtu baru ni. Dalam masa lunch hour sejam tadi sempat la saya buat "jeput pise" tu untuk dia dan suapkan pada dia..hehe..suka leh tengok muka dia senyum. Syukur pada rahmat Allah sebab pejabat saya dekat dengan rumah..so,bleh la luangkan lebih masa untuk anak-anak.




Ni si comel saya Ilham Farhani. Waktu skolah dia abes kul 5 ptg. Jadi, petang ni saya akan goreng plop adunan "jeput pise" saya tadi untuk my beloved baby girl yang teramat manja ni. Tapi biasanya hani lebih suka makan sendiri..dia jarang minta untuk disuapkan...takpe la,asalkan dia makan je. Hmmm...hidup ni amat bermakna bila ada orang yang sentiasa memerlukan kita.

Sunday 10 April 2011

Wasiat Rasulullah SAW Kepada Sayidina Ali Tentang Kelebihan Makanan Yang Halal Dan Haram

Wahai Ali !!! Sesiapa makan yang halal. nescaya jernihlah agamanya, lembut lah hatinya dan tidak ada pendinding bagi doanya dengan Allah SWT...

Wahai Ali !!! Sesiapa yang memakan perkara-perkara yang ragu yakni tidak jelas halal atau haramnya, nescaya samarlah agamanya dan gelaplah hatinya. Sesiapa yang memakan makanan haram, maka mati lah hatinya dan nipis lah agamanya dan lemahlah keyakinannya dan Allah SWT dindingkan doanya dan sedikitlah ibadahnya.

Wassalam...

Saturday 9 April 2011

Saya Pun Tak Tahu Sejak Bila.....

Saya pun tak tahu sejak bila saya mula meminati cerita indonesia "KEJORA DAN BINTANG"...apa yang pasti cerita ini telah berjaya menarik minat saya untuk menontonnya hingga akhir. Sungguh menyentuh perasaan...

Lagu tema cerita bersiri ini juga sungguh menyentuh perasaan saya. Jika dulu saya cukup tak suka dengan cerita bersiri indonesia tapi untuk cerita "KEJORA DAN BINTANG" ni saya bagi empat bintang...

Watak Erlangga yang sungguh romantik dan punyai cinta sejati penuh keikhlasan dan kesetiaan kepada kejora sungguh memikat hati saya. Hmmm...tak sabar rasanya nak tengok ending cerita ini...

Cuba lah tonton cerita ini...mungkin anda juga akan meminatinya...

Monday 4 April 2011

Boringnya Saya....

Kerja Di Bahagian Kewangan...

Baru 6 tahun lebih kerja saya sudah merasa jemu...buat benda yang sama..tapi kadang-kadang saya rasa puashati bila saya mampu setelkan masalah kerja yang tak mampu disetelkan oleh penyelia saya. Beratnya beban kerja saya apabila saya terpaksa membuat kerja yg sepatutnya dibuat oleh 2 orang staf. Di akhir tahun terpaksa pulang lewat petang kemudian datang lagi selepas maghrib hingga ke lewat malam. Apa yang boleh saya katakan saya memang 90% boring dengan perkataan KEWANGAN / ACCOUNT / HASIL / WANG AMANAH. Cukup-cukup boring..

Hari ni Penyelia(CC) saya telah menawarkan Kursus Kewangan pada saya di INTAN Kemaman. Dgn penuh perasaan saya meluahkan pada dia yang saya sudah boring dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kewangan...buat kerja pun hanya sebab tanggungjawab dan sebab AKUJANJI dengan kerajaan yang telah saya tandatangani sewaktu saya menerima jawatan ini. Saya merayu pada dia agar dia tidak menyenaraikan nama saya dalam kursus tersebut sebaliknya saya meminta pada dia agar dia senaraikan lah nama saya dalam apa jua kursus sekali pun asalkan bukan yang berkaitan dengan kewangan.

Bila Audit Datang...

Ini adalah antara perkara yang paling saya tak suka...bila audit datang. Saya tahu positifnya audit ni boleh mengajar kita cara melaksanakan tugas mengikut rule and condition. Audit mengingatkan kita untuk merujuk pada Pekeliling-Pekililing Perbendaharaan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Tapi berapa ramaikah staf yang berjaya memenuhi kehendak audit dalam setiap tugasan yang diamanahkan?

Teringat sewaktu saya bertugas di JKR Machang dulu...dalam tahun 2007 saya pernah mendapat pujian dari Audit Hasil kerana kekemasan rekod dan hasil kerja saya yang memenuhi kriteria yang telah digariskan oleh pihak Perbendaharaan. Yup...i did it. Alhamdulillah. Ini kerana di JKR Machang saya hanya perlu menjaga akaun Kerajaan Negeri sahaja...hanya 1 sistem yang saya pegang. Tapi bila saya bertukar ke JKR Kuala Krai,banyak tugas yang terbengkalai akibat kekosongan jawatan ini selama hampir 2 tahun...beban kerja yang diberi pada saya amat berat,keterpaksaan saya memikul tanggungjawab menguruskan kedua-dua akaun kerajaan Negeri dan Persekutuan menyebabkan saya terkejar-kejar. Di akhir tahun 2010 baru ni ada jugak la 2 3 teguran audit yang terpaksa saya jawab. Redha aje la sebab memang itu silap kita.

Terpaksa Attend Meeting Pengurusan Kewangan Bersama Pengarah...

Ini lagi satu perkara yang memboringkan saya apatah lagi kalau meeting itu diadakan sebelah petang dan terpaksa pergi ke JKR KB di dalam suasana panas terik tengahari. Cuma saya bernasib baik sebab Penyelia saya seorang yang caring. Jadi,setiap kali attend meeting tu dengan dia,dia je yang banyak menjawab setiap "tembakan" dari Tuan Pengarah..heh heh...tapi sebelum pergi meeting memang dia akan study dulu hal-hal kewangan dengan saya...

Hmmm...bila la saya boleh bebas dari semua tanggungjawab ni? Tapi saya rasa berbaloi sebab saya lakukan semua ni demi untuk sesuap nasi buat anak-anak tercinta....teringat pesan abah,lakukanlah sesuatu dengan ikhlas...ganjarannya amat besar..nikmatnya terlalu indah...