Total Pageviews

Monday 4 April 2011

Boringnya Saya....

Kerja Di Bahagian Kewangan...

Baru 6 tahun lebih kerja saya sudah merasa jemu...buat benda yang sama..tapi kadang-kadang saya rasa puashati bila saya mampu setelkan masalah kerja yang tak mampu disetelkan oleh penyelia saya. Beratnya beban kerja saya apabila saya terpaksa membuat kerja yg sepatutnya dibuat oleh 2 orang staf. Di akhir tahun terpaksa pulang lewat petang kemudian datang lagi selepas maghrib hingga ke lewat malam. Apa yang boleh saya katakan saya memang 90% boring dengan perkataan KEWANGAN / ACCOUNT / HASIL / WANG AMANAH. Cukup-cukup boring..

Hari ni Penyelia(CC) saya telah menawarkan Kursus Kewangan pada saya di INTAN Kemaman. Dgn penuh perasaan saya meluahkan pada dia yang saya sudah boring dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kewangan...buat kerja pun hanya sebab tanggungjawab dan sebab AKUJANJI dengan kerajaan yang telah saya tandatangani sewaktu saya menerima jawatan ini. Saya merayu pada dia agar dia tidak menyenaraikan nama saya dalam kursus tersebut sebaliknya saya meminta pada dia agar dia senaraikan lah nama saya dalam apa jua kursus sekali pun asalkan bukan yang berkaitan dengan kewangan.

Bila Audit Datang...

Ini adalah antara perkara yang paling saya tak suka...bila audit datang. Saya tahu positifnya audit ni boleh mengajar kita cara melaksanakan tugas mengikut rule and condition. Audit mengingatkan kita untuk merujuk pada Pekeliling-Pekililing Perbendaharaan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Tapi berapa ramaikah staf yang berjaya memenuhi kehendak audit dalam setiap tugasan yang diamanahkan?

Teringat sewaktu saya bertugas di JKR Machang dulu...dalam tahun 2007 saya pernah mendapat pujian dari Audit Hasil kerana kekemasan rekod dan hasil kerja saya yang memenuhi kriteria yang telah digariskan oleh pihak Perbendaharaan. Yup...i did it. Alhamdulillah. Ini kerana di JKR Machang saya hanya perlu menjaga akaun Kerajaan Negeri sahaja...hanya 1 sistem yang saya pegang. Tapi bila saya bertukar ke JKR Kuala Krai,banyak tugas yang terbengkalai akibat kekosongan jawatan ini selama hampir 2 tahun...beban kerja yang diberi pada saya amat berat,keterpaksaan saya memikul tanggungjawab menguruskan kedua-dua akaun kerajaan Negeri dan Persekutuan menyebabkan saya terkejar-kejar. Di akhir tahun 2010 baru ni ada jugak la 2 3 teguran audit yang terpaksa saya jawab. Redha aje la sebab memang itu silap kita.

Terpaksa Attend Meeting Pengurusan Kewangan Bersama Pengarah...

Ini lagi satu perkara yang memboringkan saya apatah lagi kalau meeting itu diadakan sebelah petang dan terpaksa pergi ke JKR KB di dalam suasana panas terik tengahari. Cuma saya bernasib baik sebab Penyelia saya seorang yang caring. Jadi,setiap kali attend meeting tu dengan dia,dia je yang banyak menjawab setiap "tembakan" dari Tuan Pengarah..heh heh...tapi sebelum pergi meeting memang dia akan study dulu hal-hal kewangan dengan saya...

Hmmm...bila la saya boleh bebas dari semua tanggungjawab ni? Tapi saya rasa berbaloi sebab saya lakukan semua ni demi untuk sesuap nasi buat anak-anak tercinta....teringat pesan abah,lakukanlah sesuatu dengan ikhlas...ganjarannya amat besar..nikmatnya terlalu indah... 

1 comment:

  1. Assalamualaikum wbt..
    Farah, mmg bosan pun keja gomen.. bkn xmencabar, macam2 masalah kne selesaikan, tp tiap2 hari buat tugas yang sama mmg sangat2 BORING!! saya baru je masuk bekerja 2 minggu lepas selepas cuti tanpa gaji 3 bulan, berniaga. kalau awk da boring cuba lah ceburi bidang usahawanan pula. mmg best berniaga ni.

    ReplyDelete