Total Pageviews

Sunday 22 May 2011

Sakitnya Hati ini...

Pada hari sabtu baru ni saya telah menemani Irfan ke perlawanan bola sepak di padang sekolah. Begitu seronok melihat Irfan cergas di padang berlawan bola sepak sebagai penjaga gol. Terlintas dihati ini "besar sudah anak lelaki saya ni"...tapi bukan ini yang ingin saya kongsikan disini,saya ingin kongsikan sebuah kisah yg menyakitkan hati saya sebagai ibu yang saya saksikan di padang bola itu.

Di tengah padang yang panas terik, seorang kanak2 tadika yg berusia 5 tahun sedang merengek, beronar...dalam fikiran saya kanak2 ni mungkin panas+dahaga+penat+lapar cuma dia zahirkan sume tu melalui perlakuan merengek dan beronar. Saya dah biasa dgn sume tu tapi yang menyakitkan hati saya apabila respon yang diberikan oleh ibunya sedikit kejam dan zalim apabila dia memukul dan mencubit bertubi2 anaknya itu depan khalayak ramai. Semakin teruk la anak itu menangis kerana sakit. Semakin kuat dia menangis semakin kuat ibunya mencubit dia. Lalu kanak2 malang itu ditinggalkan oleh ibunya ditengah2 padang sambil meraung2...dimanakah simpati si ibu?

Apa salahnya jika kanak2 itu dipeluk,dicium dan dibelai sewaktu dia merengek dan beronar tu? Cuba lah buat dan responnya amat baik..kanak2 itu pastikan diam dan membalas pelukan si ibu. Tenangkan lah hati anak2 dengan senyuman dan pelukan kita. Itu tanggungjawab kita sebagai ibu. Kanak2 tu bukan saja2 nak beronar / merengek...bila dia merengek mesti ada sesuatu yg dia inginkan. Bermain dalam panas terik mentari pasti akan kepenatan. Dalam kesayuan hati menyaksikan gelagat si ibu tadi,saya terpandang pula seorang nenek yang tiba2 menampar cucunya yang berumur 5 thn kerana menumpahkan air yang kanak2 tu minum. Mengapa dimarahi kanak2 itu? Mengapa sampai tahap menampar cucunya itu? Besar sgt kah salah dia? Mengikut pakar kanak2...anggota kanak2 akan bergerak dahulu sebelum otak. Mungkin sewaktu dia menyuakan gelas ke mulutnya...otaknya belum memberitahu mulut supaya buka untuk minum...lalu air tu tumpah ke baju. Apa salahnya jika si nenek ambik kain lalu lap baju cucunya itu. Lagipun kanak2 itu memamg sudah dalam keadaan kotor kerana berguling2 sejak dari pagi dgn kawan2.

Hurrmmm..saya sungguh sedih. Dalam sedih itu irfan datang pada saya lalu merengek...saya cuba peluk dia dalam keadaan dia busuk dan masam tu dgn penuh kasih sayang,cium pipi dia,belai rambut dia lalu saya tanya dia "abe nak apa?"....dia berhenti merengek lalu dia senyum dan meminta air oren yang saya bawa untuk dia. Lihat, itu saja yang dia nak...rengekannya tak bepanjangan sebab saya tak marah dia,saya tak cubit dia,saya tak tampar dia..lepas dia minum,dia tinggalkan saya dan kembali bermain dengan kawan2 dia dalam ketawa. Payah ke?

Masa kecik ni kita tak terasa sgt tapi dah besar esok2 anak2 ni takkan mahu mendekati lagi ibunya yang garang,dia takkan mengadu lagi pada ibu dia jika dia punya masalah atau sedang bersedih,dia takkan suka lagi duduk di rumah bersama ibu dia. Dia lebih suka bersama kawan2 dia...dia suka bersama kekasih dia. Sebab kesilapan ibu yang kasar terhadap dia sejak dia kanak2 itu la membuatkan dia tak suka berbual dgn ibu dia...masa tu kita menangis pun dah takde gunanya lagi...disini lah bermulanya gejala sosial...ingatlah yang kecil pastikan jadi besar....jadilah sahabat yang paling baik dan lembut pada anak2 kerana mereka tanggungjawab kita hingga ke akhirat...

Saturday 14 May 2011

My Dream Car...

Ini lah kereta idaman saya Honda Freed. Sebuah kereta keluarga yg luas dan selesa. Rekabentuknya sedikit kecil dari saiz CRV tapi rekaan dalamannya cukup selesa untuk membawa keluarga berjalan jauh.

Well, rasanya fungsi Freed lebih kurang dengan Estima dan Alphard cuma rekaan luarannya lebih menarik berbanding dgn Estima dan Alphard. Terlalu "jatuh hati" dengan Freed apabila pertama kali saya naik Freed bapa saudara saya...elegen dan selesa...

Hehehe...teringin untuk memiliki Freed ni...cantikkan?

Saturday 7 May 2011

Ya Allah..Ampuni lah aku...aku terlalai...

Semalam irfan fahmi minta tolong saya bantu dia menghafal beberapa surah dalam Muqaddam. Saya pun bantulah dia dari satu surah ke satu surah. Tiba2 baru saya perasan ada 2-3 surah di lembaran tengah Muqaddam yang telah saya lupa sedangkan dulu saya telah berjaya menghafal semua surah dalam Muqaddam itu. Hati menjadi cemas+takut kerana saya ingat pesan ustazah dulu apabila kita menghafal al-Quran maka amalkan lah ia agar sentiasa subur dalam ingatan kita bersama tafsirnya. Jika tidak kita kan tergolong dlm golongan orang yang lalai. Ya Allah, kenapa saya jadi begini? Saya sudah tidak punya masa yang banyak dengan al-Quran...baru beranak 2..dah tak punya masa yang banyak untuk al-Quran. Kenapa saya begitu lalai?..

Di saat cemas itu saya cuba mengingati kembali surah-surah besar yang telah saya hafal semasa sekolah dulu. Ya Allah,kecewanya saya kerana saya hanya mampu mengingati surah Yassin, Luqman, Sajdah dan al-Mulk. Apa dah jadi dgn al-Muzammil, al-Mudassir, az-Zumar, al-Fussilat dan lain-lain yang saya dah berjaya hafal dulu? Ya Allah, masih belum terlewatkah saya untuk menghafal kembali sume surah-surah itu? Masih muda kah saya untuk menghafal sumenya? huhuhu...Ya Allah,ampuni lah aku...aku tewas. Ya Allah janganlah Kau tarik cahaya hidayah Mu setelah Kau berikan kepadaku...Ya Allah,syaitan sedang menggangguku,tolong lindungilah aku...

Harapnya saya masih belum terlewat....InsyaAllah...terima kasih Irfan kerana menyedarkan mama...

Kasih Ibu Hingga Ke Akhir Hayat...

Kelmarin satu tragedi telah menggemparkan masyarakat di Kuala Krai apabila seorang jururawat telah terkorban dalam satu kebakaran yang berlaku di rumahnya.

Apa yang menyayat hati saya apabila jururawat tersebut telah berusaha menyelamatkan 2 orang anaknya yang sebaya irfan dan hani dengan menolak mereka keluar melalui tingkap rumah yang berbentuk "nako" itu. Namun apa yang menyedihkan apabila beliau tidak sempat menyelamatkan diri lalu terkorban dalam kebakaran tersebut.

Alhamdulillah,kedua-dua anak arwah selamat..namun anak-anak arwah pasti akan bersedih kerana mereka sudah tidak punya ibu lagi...begitu lah kasih seorang ibu yang tak menghiraukan keselamatan diri untuk memastikan anak-anak terselamat...

Al-fatihah untuk arwah..semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh..amin...

Friday 6 May 2011

Alhamdulillah...Akhirnya Irfan Fahmi Berjaya...Terima Kasih PASTI

Saya terlompat gembira bila Irfan sudah bleh membaca. Walaupun merangkak2 tapi dia bleh habiskan bacaan dia dengan betul...

Kelmarin dalam perjalanan ke Kota Bharu, dia cuba membaca signboard2 yang dia tengok di tepi2 jalan. Dia cuba membaca sume nama kedai setiap kali saya berhenti di traffic light..Ya Allah, saya terlalu bersyukur kerana akhirnya dia bleh membaca sebelum sempat masuk ke tahun 1.

Sekarang dia tengah teruja untuk membaca buku. Setiap saat mengajak saya ke kedai buku. Ini lah masanya untuk saya keluarkan buku2 kisah nabi yang berharga RM45 sebiji pemberian abah irfan dulu. Semoga minat membaca dia kekal selamanya...InsyaAllah...

Wednesday 4 May 2011

Pengalaman Yang Paling Manis....

Pengalaman yang paling manis dalam hidup saya bila saya diberi nikmat oleh Allah SWT untuk mengandungkan 2 orang anak yang comel. Rasanya pula berlainan untuk setiap anak. Saya sungguh kagum dgn kuasa Allah SWT kerana dalam tempoh 9 bln saya hamil saya dah dapat tahu jantina anak saya tanpa keputusan scan dari doktor. Ini kerana keinginan dan kegemaran saya yang berbeza setiap kali hamil.

Semasa mengandungkan anak sulung saya, saya lebih teruja kepada warna biru. Apa saja yang saya beli mesti warna biru. Syampu saya pun saya akan pilih warna biru. Saya lebih suka memakai baju warna biru. Saya juga gemar bermain sukan walaupun pada masa saya hamil. Sewaktu kandungan sulung saya tu berusia 2 bulan lebih,saya pernah mengidam nak naik roller coaster yang tinggi sedangkan saya ni memang seorang yang terlalu takut berada ditempat yang tinggi...gayat. Saya mengajak incik suami pergi ke Berjaya Times Square hanya sebab nak naik roller coaster. Sudah tentu saya mendapat bantahan yang hebat dari incik suami kerana dia bimbang pada kesihatan saya dan keselamatan kandungan saya,namun saya berkeras untuk meneruskan niat saya. Dengan berat hati dia menemani saya naik roller coaster yang tinggi dan gayat tu. Di pegangnya saya erat2. Tanpa sedikit pun rasa takut saya ketawa sekuat hati kerana terlalu seronok. Alhamdulillah,saya takde apa2,cuma pening sahaja. Saya pernah masuk pertandingan dart di pejabat semasa saya hamil 8 bulan dan dapat Johan sedangkan sebelum hamil ni tiap kali main dart saya pasti kalah teruk..hehe. Masa hamil sulung juga saya cukup2 manja terutamanya dengan incik suami,mau berada dalam pelukan dia sentiasa. Merengek mcm budak kecil setiap kali mengidam nak makan apa2. Memang terlalu manja la. Semua kelengkapan bayi yang saya beli berwarna biru,tilam biru,baju biru,selimut biru dan lain2 sumenya biru. Incik suami tanya mcmana lau anak tu girl? Tak sesuai la kaler biru. Saya jawab dengan yakin..tak la,baby ni boy...trust me. Itu adalah rasa yang amat meyakinkan dan Alhamdulillah pada 3 Julai 2005 lahirlah bayi sulung saya berjantina lelaki. Dan sememangnya anak lelaki saya cukup2 manja,mau sentiasa berada dalam pelukan saya dan akan merengek2 jika dia nak makan apa2...hehe...

Berlainan dengan anak kedua saya. Semasa mengandungkan dia,saya amat suka dengan warna pink. Sume benda yang saya beli mesti kaler pink. Beg saya,towel saya,baju saya dan syampu saya mesti kaler pink. Saya juga suka bermake up. Mengidam nak pakai rantai tangan emas yang ada love gantung2..masa tu saya pinjam rantai tangan adik saya sebab asalnya memang saya tak minat dengan barang kemas neh. hehe. Saya suka mengemas rumah. Caring melampau pada incik suami. Tapi awas,masa tu saya cukup garang. Perangai saya betul2 berubah dari perangai asal saya. Saya dah tak manja,mudah merajuk. Bila merajuk jer muka terus jadi masam mencuka padahal perangai asal saya memang tak begitu. Saya suka bersendiri dan buat keputusan sendiri. Memang banyak dugaan untuk incik suami sewaktu saya mengandungkan anak kedua. Saya tahu dia tertekan namun saya tak dapat nak kawal apa yang berlaku pada saya sewaktu saya hamil anak kedua. Saya banyak membeli kelangkapan bayi yang berwarna pink..dan untuk kali kedua incik suami tanya nape beli kaler pink? kalau dapat baby boy takkan nak pakai baju pink? Dengan yakin saya jawab..tak la,baby ni girl. Pada 23 Julai 2006 lahirlah anak kedua saya dan dia adalah baby girl. Perangai dia sekarang pun mcm perangai saya sewaktu saya hamilkan dia..kuat merajuk,suka buat muka masam mencuka setiap kali merajuk,garang,suka bersendiri dan buat keputusan sendiri tetapi dia teramat caring.

Allah telah memberi tanda2 awal kepada saya samada anak yang saya kandung itu lelaki atau perempuan. Dan ia amat meyakinkan. Nasihat saya pada suami,bersabarlah dengan karenah isteri yang hamil kerana dia bukan nak jadi begitu tetapi ia terjadi dengan semulajadi. Bagi isteri yang hamil pula banyak2kan lah membaca al-Quran terutamanya surah al-luqman,surah yusuf,surah maryam dan yassin..ianya amat baik untuk minda dan dapat membentuk tingkah laku anak yang baik..

Wassalam...

Monday 2 May 2011

Evening Primrose Oil Dan Vitamin C...

Seorang wanita yang bekerja selalunya tak punya banyak masa untuk memberi perhatian lebih kepada kesihatan dan kecantikan. Sejak saya mula didatangi haid,emak saya sudah pun mengajar saya untuk mengambil supplement seperti Evening Primrose Oil, Vitamin C dan jamu herba.

Saya nak kongsikan pengalaman saya bila mengamalkan supplement2 tersebut. Evening Primrose Oil amat penting untuk kesihatan wanita. Ia dapat menstabilkan hormon dan dapat menyelesaikan masalah kedatangan haid yang tak stabil. Selain itu juga,ia dapat mengembalikan sinar kuku kaki dan tangan, dapat mengekalkan kehitaman rambut, merawat rambut gugur, melembabkan kulit dan melambatkan monopause.

Vitamin C juga amat baik untuk kesihatan dan kecantikan. Selain daripada dpt menguatkan antibodi dalam tubuh, ia juga amat berkesan untuk mengurangkan kedutan kulit wajah, melembabkan kulit, mengekalkan warna kulit yang serata, mencerahkan kulit dan mengekalkan sinar pada kulit. Pastikan anda mengambil Vitamin C tanpa Acid.

Selain itu juga saya mengamalkan pengambilan jamu herba Kencana untuk kesihatan dan kecantikan dalaman wanita terutamanya bahagian rahim. Ia juga sebagai herba untuk mengekalkan berat badan yang ideal. Saya juga mengamalkan pengambilan minyak zaitun dan madu asli untuk mengurangkan kolesterol dalam badan.

Tak perlu menghabiskan wang yang banyak di saloon kecantikan, hanya perlu mendisiplinkan diri dengan mengambil supplement2 tersebut untuk mengekalkan kesihatan dan kecantikan luar dan dalam diri...