Total Pageviews

Saturday 7 May 2011

Kasih Ibu Hingga Ke Akhir Hayat...

Kelmarin satu tragedi telah menggemparkan masyarakat di Kuala Krai apabila seorang jururawat telah terkorban dalam satu kebakaran yang berlaku di rumahnya.

Apa yang menyayat hati saya apabila jururawat tersebut telah berusaha menyelamatkan 2 orang anaknya yang sebaya irfan dan hani dengan menolak mereka keluar melalui tingkap rumah yang berbentuk "nako" itu. Namun apa yang menyedihkan apabila beliau tidak sempat menyelamatkan diri lalu terkorban dalam kebakaran tersebut.

Alhamdulillah,kedua-dua anak arwah selamat..namun anak-anak arwah pasti akan bersedih kerana mereka sudah tidak punya ibu lagi...begitu lah kasih seorang ibu yang tak menghiraukan keselamatan diri untuk memastikan anak-anak terselamat...

Al-fatihah untuk arwah..semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh..amin...

No comments:

Post a Comment