Total Pageviews

Sunday 22 May 2011

Sakitnya Hati ini...

Pada hari sabtu baru ni saya telah menemani Irfan ke perlawanan bola sepak di padang sekolah. Begitu seronok melihat Irfan cergas di padang berlawan bola sepak sebagai penjaga gol. Terlintas dihati ini "besar sudah anak lelaki saya ni"...tapi bukan ini yang ingin saya kongsikan disini,saya ingin kongsikan sebuah kisah yg menyakitkan hati saya sebagai ibu yang saya saksikan di padang bola itu.

Di tengah padang yang panas terik, seorang kanak2 tadika yg berusia 5 tahun sedang merengek, beronar...dalam fikiran saya kanak2 ni mungkin panas+dahaga+penat+lapar cuma dia zahirkan sume tu melalui perlakuan merengek dan beronar. Saya dah biasa dgn sume tu tapi yang menyakitkan hati saya apabila respon yang diberikan oleh ibunya sedikit kejam dan zalim apabila dia memukul dan mencubit bertubi2 anaknya itu depan khalayak ramai. Semakin teruk la anak itu menangis kerana sakit. Semakin kuat dia menangis semakin kuat ibunya mencubit dia. Lalu kanak2 malang itu ditinggalkan oleh ibunya ditengah2 padang sambil meraung2...dimanakah simpati si ibu?

Apa salahnya jika kanak2 itu dipeluk,dicium dan dibelai sewaktu dia merengek dan beronar tu? Cuba lah buat dan responnya amat baik..kanak2 itu pastikan diam dan membalas pelukan si ibu. Tenangkan lah hati anak2 dengan senyuman dan pelukan kita. Itu tanggungjawab kita sebagai ibu. Kanak2 tu bukan saja2 nak beronar / merengek...bila dia merengek mesti ada sesuatu yg dia inginkan. Bermain dalam panas terik mentari pasti akan kepenatan. Dalam kesayuan hati menyaksikan gelagat si ibu tadi,saya terpandang pula seorang nenek yang tiba2 menampar cucunya yang berumur 5 thn kerana menumpahkan air yang kanak2 tu minum. Mengapa dimarahi kanak2 itu? Mengapa sampai tahap menampar cucunya itu? Besar sgt kah salah dia? Mengikut pakar kanak2...anggota kanak2 akan bergerak dahulu sebelum otak. Mungkin sewaktu dia menyuakan gelas ke mulutnya...otaknya belum memberitahu mulut supaya buka untuk minum...lalu air tu tumpah ke baju. Apa salahnya jika si nenek ambik kain lalu lap baju cucunya itu. Lagipun kanak2 itu memamg sudah dalam keadaan kotor kerana berguling2 sejak dari pagi dgn kawan2.

Hurrmmm..saya sungguh sedih. Dalam sedih itu irfan datang pada saya lalu merengek...saya cuba peluk dia dalam keadaan dia busuk dan masam tu dgn penuh kasih sayang,cium pipi dia,belai rambut dia lalu saya tanya dia "abe nak apa?"....dia berhenti merengek lalu dia senyum dan meminta air oren yang saya bawa untuk dia. Lihat, itu saja yang dia nak...rengekannya tak bepanjangan sebab saya tak marah dia,saya tak cubit dia,saya tak tampar dia..lepas dia minum,dia tinggalkan saya dan kembali bermain dengan kawan2 dia dalam ketawa. Payah ke?

Masa kecik ni kita tak terasa sgt tapi dah besar esok2 anak2 ni takkan mahu mendekati lagi ibunya yang garang,dia takkan mengadu lagi pada ibu dia jika dia punya masalah atau sedang bersedih,dia takkan suka lagi duduk di rumah bersama ibu dia. Dia lebih suka bersama kawan2 dia...dia suka bersama kekasih dia. Sebab kesilapan ibu yang kasar terhadap dia sejak dia kanak2 itu la membuatkan dia tak suka berbual dgn ibu dia...masa tu kita menangis pun dah takde gunanya lagi...disini lah bermulanya gejala sosial...ingatlah yang kecil pastikan jadi besar....jadilah sahabat yang paling baik dan lembut pada anak2 kerana mereka tanggungjawab kita hingga ke akhirat...

3 comments:

  1. ibu yg terbaik adalah ibu yg memahami anak2 nya...cerita ini memberi pengajaran pd ibu2 dan yg bakal bergelar ibu....

    ReplyDelete
  2. owh..saya terharu; dan akn turut mengikut tindak tanduk ibu yg sakit hatinye ini!hehehe

    kadang2 emosi menguasai minda!adoiiii

    ReplyDelete
  3. kak cik ::: malu budak tu kena marah ko mak dia dpn org..huhu

    elly ::: budak tu x salah pom...dia cuma penat jer..sedih2..saya pom marah jugak ko anak saya tp bertempat lah..yg penting jgn mrh dpn org sbb nnt dia akan malu...

    ReplyDelete