Total Pageviews

Wednesday 4 May 2011

Pengalaman Yang Paling Manis....

Pengalaman yang paling manis dalam hidup saya bila saya diberi nikmat oleh Allah SWT untuk mengandungkan 2 orang anak yang comel. Rasanya pula berlainan untuk setiap anak. Saya sungguh kagum dgn kuasa Allah SWT kerana dalam tempoh 9 bln saya hamil saya dah dapat tahu jantina anak saya tanpa keputusan scan dari doktor. Ini kerana keinginan dan kegemaran saya yang berbeza setiap kali hamil.

Semasa mengandungkan anak sulung saya, saya lebih teruja kepada warna biru. Apa saja yang saya beli mesti warna biru. Syampu saya pun saya akan pilih warna biru. Saya lebih suka memakai baju warna biru. Saya juga gemar bermain sukan walaupun pada masa saya hamil. Sewaktu kandungan sulung saya tu berusia 2 bulan lebih,saya pernah mengidam nak naik roller coaster yang tinggi sedangkan saya ni memang seorang yang terlalu takut berada ditempat yang tinggi...gayat. Saya mengajak incik suami pergi ke Berjaya Times Square hanya sebab nak naik roller coaster. Sudah tentu saya mendapat bantahan yang hebat dari incik suami kerana dia bimbang pada kesihatan saya dan keselamatan kandungan saya,namun saya berkeras untuk meneruskan niat saya. Dengan berat hati dia menemani saya naik roller coaster yang tinggi dan gayat tu. Di pegangnya saya erat2. Tanpa sedikit pun rasa takut saya ketawa sekuat hati kerana terlalu seronok. Alhamdulillah,saya takde apa2,cuma pening sahaja. Saya pernah masuk pertandingan dart di pejabat semasa saya hamil 8 bulan dan dapat Johan sedangkan sebelum hamil ni tiap kali main dart saya pasti kalah teruk..hehe. Masa hamil sulung juga saya cukup2 manja terutamanya dengan incik suami,mau berada dalam pelukan dia sentiasa. Merengek mcm budak kecil setiap kali mengidam nak makan apa2. Memang terlalu manja la. Semua kelengkapan bayi yang saya beli berwarna biru,tilam biru,baju biru,selimut biru dan lain2 sumenya biru. Incik suami tanya mcmana lau anak tu girl? Tak sesuai la kaler biru. Saya jawab dengan yakin..tak la,baby ni boy...trust me. Itu adalah rasa yang amat meyakinkan dan Alhamdulillah pada 3 Julai 2005 lahirlah bayi sulung saya berjantina lelaki. Dan sememangnya anak lelaki saya cukup2 manja,mau sentiasa berada dalam pelukan saya dan akan merengek2 jika dia nak makan apa2...hehe...

Berlainan dengan anak kedua saya. Semasa mengandungkan dia,saya amat suka dengan warna pink. Sume benda yang saya beli mesti kaler pink. Beg saya,towel saya,baju saya dan syampu saya mesti kaler pink. Saya juga suka bermake up. Mengidam nak pakai rantai tangan emas yang ada love gantung2..masa tu saya pinjam rantai tangan adik saya sebab asalnya memang saya tak minat dengan barang kemas neh. hehe. Saya suka mengemas rumah. Caring melampau pada incik suami. Tapi awas,masa tu saya cukup garang. Perangai saya betul2 berubah dari perangai asal saya. Saya dah tak manja,mudah merajuk. Bila merajuk jer muka terus jadi masam mencuka padahal perangai asal saya memang tak begitu. Saya suka bersendiri dan buat keputusan sendiri. Memang banyak dugaan untuk incik suami sewaktu saya mengandungkan anak kedua. Saya tahu dia tertekan namun saya tak dapat nak kawal apa yang berlaku pada saya sewaktu saya hamil anak kedua. Saya banyak membeli kelangkapan bayi yang berwarna pink..dan untuk kali kedua incik suami tanya nape beli kaler pink? kalau dapat baby boy takkan nak pakai baju pink? Dengan yakin saya jawab..tak la,baby ni girl. Pada 23 Julai 2006 lahirlah anak kedua saya dan dia adalah baby girl. Perangai dia sekarang pun mcm perangai saya sewaktu saya hamilkan dia..kuat merajuk,suka buat muka masam mencuka setiap kali merajuk,garang,suka bersendiri dan buat keputusan sendiri tetapi dia teramat caring.

Allah telah memberi tanda2 awal kepada saya samada anak yang saya kandung itu lelaki atau perempuan. Dan ia amat meyakinkan. Nasihat saya pada suami,bersabarlah dengan karenah isteri yang hamil kerana dia bukan nak jadi begitu tetapi ia terjadi dengan semulajadi. Bagi isteri yang hamil pula banyak2kan lah membaca al-Quran terutamanya surah al-luqman,surah yusuf,surah maryam dan yassin..ianya amat baik untuk minda dan dapat membentuk tingkah laku anak yang baik..

Wassalam...

5 comments:

  1. lor..elly mati2 ingat anak sulong yg pompuan; yg lelaki tu anak no 2..aiseh, sori ye. sekali lupe daaaa

    ReplyDelete
  2. dear farah..
    mmg betul la tu atau juga kebetulan.masa saya peknen si kakak,sy suka membaca..anak sulung so banyak la masa nak melayan diri sendiri..sekarang perangai tu mmg menurun kat dia.suka pegi kedai buku,siap cakap 'kenapa takde perpustakaan kat taman kita ni'..

    ReplyDelete
  3. elly ::: mesti sbb girl lagi besar dari boy...kih3

    irfa ::: memang menurun sebijik2..x ubah mcm perangai saya masa pegnen ko dorg..huhu

    ReplyDelete
  4. Kak Farah...permata hati kak farah mmg lengkap melengkapi...=)

    ReplyDelete
  5. Yup..Alhamdulillah..rezeki yg paling besar dari Allah SWT...

    ReplyDelete