Total Pageviews

Monday 2 May 2011

Evening Primrose Oil Dan Vitamin C...

Seorang wanita yang bekerja selalunya tak punya banyak masa untuk memberi perhatian lebih kepada kesihatan dan kecantikan. Sejak saya mula didatangi haid,emak saya sudah pun mengajar saya untuk mengambil supplement seperti Evening Primrose Oil, Vitamin C dan jamu herba.

Saya nak kongsikan pengalaman saya bila mengamalkan supplement2 tersebut. Evening Primrose Oil amat penting untuk kesihatan wanita. Ia dapat menstabilkan hormon dan dapat menyelesaikan masalah kedatangan haid yang tak stabil. Selain itu juga,ia dapat mengembalikan sinar kuku kaki dan tangan, dapat mengekalkan kehitaman rambut, merawat rambut gugur, melembabkan kulit dan melambatkan monopause.

Vitamin C juga amat baik untuk kesihatan dan kecantikan. Selain daripada dpt menguatkan antibodi dalam tubuh, ia juga amat berkesan untuk mengurangkan kedutan kulit wajah, melembabkan kulit, mengekalkan warna kulit yang serata, mencerahkan kulit dan mengekalkan sinar pada kulit. Pastikan anda mengambil Vitamin C tanpa Acid.

Selain itu juga saya mengamalkan pengambilan jamu herba Kencana untuk kesihatan dan kecantikan dalaman wanita terutamanya bahagian rahim. Ia juga sebagai herba untuk mengekalkan berat badan yang ideal. Saya juga mengamalkan pengambilan minyak zaitun dan madu asli untuk mengurangkan kolesterol dalam badan.

Tak perlu menghabiskan wang yang banyak di saloon kecantikan, hanya perlu mendisiplinkan diri dengan mengambil supplement2 tersebut untuk mengekalkan kesihatan dan kecantikan luar dan dalam diri...

4 comments:

  1. farah..nk tny sket; pengambilan minyak zaitun dan madu asli tu ghano? minum @ cane? jelaskan sket..hehhee

    thanks

    ReplyDelete
  2. hai farah ..
    selamat berkenalan dr saya

    ReplyDelete
  3. elly ::: minyak zaitun tu awk beli hok HPA la..dia ada hok pil n minum. saya mkn satu sudu pagi n satu sudu mlm. Madu pun gtu jugak..beli hok HPA pastu mkn satu sudu pagi jer..guna sudu besar...

    irfa ::: selamat berkenalan...terima kasih kerana sudi melawat blog saya yg masih byk kekurangan ni...

    ReplyDelete
  4. Salam cik farah... Sy ada beli primrose oil ni...bole ke di minum sekali dg vitamin c non acid....

    ReplyDelete