Total Pageviews

Wednesday 15 August 2012

Masuk Tahun Keempat Beraya Bertiga..Alhamdulillah, Kehidupan Semakin Ceria..


Salam..3 hari lagi umat Islam akan mrnyambut Hari Raya Aidilfitri 1433H. Bagi saya, raya akan datang adalah raya keempat saya rayakan bertiga dgn Irfan Fahmi dan Ilham Farhani. Alhamdulillah..segalanya berubah dan terubat dengan begitu pantas. Saya dan anak-anak semakin ceria, seronok bersama dan bahagia. Kehidupan semakin stabil. Syukur pada Allah SWT dengan melimpahkan rezeki pada saya dan anak-anak setelah diberi ujian yang begitu hebat.



Ini adalah gambar di Hari Raya Aidilfitri tahun 2009. Tahun pertama saya rayakan bersama anak-anak sebagai single mother. Masa ni memang kurus mendadak la. Sebak dengan apa yang menimpa. Sebak dengan lakonan-lakonan manusia yang tidak mahu dirinya menanggung salah dengan menabur fitnah yang pelbagai agar diri mereka tidak dipersalahkan. Tapi masih mampu tersenyum kerana anak-anak yang sentiasa ceria dan mak abah yang tak putus-putus memberi semangat.



Ini pulak gambar di Hari Raya Aidilfitri tahun 2010. Tahun kedua beraya bertiga. Mama, Fahmi dan Farhani. Semakin ceria. Still kurus sebab anak-anak terlalu aktif. Tak larat weh. Hahaha. Tapi best la sebab masa ni memang terasa damai ada dihati..Takde stress-stress dah. Rahsia pun semakin terbongkar..semakin mengetahui apa sebenarnya yang berlaku...hati juga sudah semakin redha pada ketentetuan Allah SWT.


Ini gambar Hari Raya Aidilfitri tahun 2011. Tahun ni yang paling seronok amat. Irfan Fahmi dan Ilham Farhani dah besar. Tak cerewet dah nak mengurus diorang berdua. Mama dah semakin maintain..No more sadness appear on my face. Segalanya Allah dah tunjukkan depan mata. Amat yakin skali jalan yang saya pilih tidak salah. Tak perlu menyesali apa yang berlaku. Officemates pun perasan yang saya makin ceria dan berseri pada tahun 2011 ni. Telah berjaya mengembalikan 85% keyakinan diri. Mak abah dan siblings juga mak saudara, ayah saudara dan sepupu sepapat tak putus-putus menasihati saya. Kesihatan diri sudah baik 90%..sakit berpunca dari sesuatu yang ghaib dan tak nampak. Tapi alhamdulillah, berkat Yaasin, al-Baqarah dan doa, sakit hilang sedikit demi sedikit..yang paling mujarab adalah doa di sepertiga malam.

Ini lah buahati pengarang jantung hati saya. Kasih sayang pada mereka tak pernah berbelah bahagi. Biarlah kita hidup bertiga asalkan tiada gangguan seperti dolu-dolu. Ambik lah apa yang orang nak ambik tapi saya cuma nak Irfan Fahmi dan Ilham Farhani sentiasa bersama saya. Sungguh indah melihat mereka membesar dengan baik depan mata. Tidak sedikit pun mereka kekurangan kasih sayang. Aidilfitri 2012 akan menyusul dan kami kekal bertiga..Alhamdulillah..bertambah ceria dan tenang. Semakin biasa dengan kehidupan begini. Doakan kami yer....

Wednesday 1 August 2012

Penyatuan 2 Jiwa Yang Paling Simple..Semoga Berbahagia..InsyaAllah..


Bismilahirahmanirrahim....

Assalamualikum...
Lama sudah rasanya tidak bercerita dalam diari purple saya ni. Arini saya nak kongsikan kegembiraan keluarga saya yang bakal menyambut 2 orang menantu baru..as 4 me saya bakal mendapat 2 orang sepupu baru. 2 sepupu saya yang akan berkahwin serentak..mereka juga adalah 2 beradik. Abang yang sulung dan adik nya yang ketiga.

Saya taknak bercerita panjang tentang perkahwinan si abang kerana perkahwinannya adalah perkahwinan yang biasa mengikut adat melayu. Merisik..bertunang..semua benda dirancang rapi. Apa yang saya ingin kongsikan adalah perkahwinan si adik yang datang secara mengejut..tanpa dirancang.

Si adik ni bernama Aisyah Noordin sedang belajar di al-Azhar Mesir dalam jurusan Pergigian. Bakal doktor gigi la ni. Baru berumur 20 tahun. Si comel ni seorang al-hafizah dan dia sangat pemalu. Bertemu dengan bakal suaminya di Maahad Sains Tahfiz Tanah Merah. Bakal suaminya juga sedang belajar ditempat yang sama tapi dalam jurusan Perubatan. Menyedari mereka sedang belajar ditempat yang sama maka mereka meminta izin untuk diijabkabulkan sebulan sebelum mereka pulang bercuti di Malaysia baru-baru ini. Tergamam si ayah aisyah...sedang kalut menyiapkan rumah untuk majlis si abang, tiba-tiba si adik minta izin untuk berkahwin. Berat hati si ayah untuk mengizinkan namun setelah pihak lelaki juga bersetuju dan memberi pendapat sekurang-kurangnya Aisyah ini akan ada penjaganya disana maka si ayah bersetuju.

Datang lah keluarga sebelah lelaki untuk merisik sekaligus bertunang pada 25 Julai 2012 baru-baru ini. Segala-galanya berjalan dengan begitu pantas. Perancangan yang sungguh ala kadar. Tanpa baju yang cantik-cantik..tanpa pelamin pertunangan yang indah..tanpa make up yang tebal..tanpa hantaran yang cantik-cantik dan tanpa cincin yang mahal. Aisyah hanya berjubah dan bertudung labuh..berstokin dan ber stongan.


Wajah Aisyah yang natural tanpa make up..simple amat.

Tanpa meminta majlis yang gah dan indah..2 pasangan ni tetap meneruskan niat murni mereka. Tanpa kad jemputan kahwin..sekadar menumpang majlis si abang..aisyah tetap ceria. Niat mereka sangat murni. Mereka bakal diijabkabulkan dalam keadaan dan kelengkapan yang amat sedehana. Kata Aisyah cukuplah buat yang wajib-wajib sahaja. Itu sudah memadai..Subhanallah !!!

Kini saya nampak dan saya amat faham bahawa Allah SWT amat menjaga hambaNya yang hafiz al-Quran. Hidup mereka serba sederhana..cara mereka serba sederhana. Mereka tidak demanding walaupun kedua mereka bakal doktor. Sungguh menyentuh perasaan. Lalu saya terfikir mungkin betapa majlis yang ringkas amat diberkati oleh Allah SWT..saya harap Irfan dan Farhani juga akan menjadi seperti mereka..Ya Allah bantulah hambaMu ini..InsyaAllah.

Kepada Aisyah dan bakal suami..saya doakan kebahagiaan kalian berdua berkekalan hingga ke Syurga..Ameeennn...